Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kartunis Zunar Keluarkan Komik Menghentam Kerajaan

 


KARTUNIS ZUNAR LANCARKAN BUKU BARU TENTANG ISTERI NAJIB | Poster buku ‘ROS di Tanah Kangkong’ karya Zunar yang hanya boleh dibeli melalui Internet

KUALA LUMPUR – Walaupun terikat dalam pertempuran undang-undang dengan Putrajaya atas pengharaman dua buah bukunya dan kini ditahan mengikut Akta Hasutan, kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, bersedia untuk melancarkan sebuah lagi buku kartun – kali ini menumpukan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“ROS di Tanah Kangkong” (RIKL) akan menjadi koleksi kartun Zunar yang hanya boleh dibeli melalui Internet.

Buku ini juga hanya dijual secara atas talian kerana kedai-kedai buku berada di bawah “tekanan besar daripada kerajaan,” kata kartunis itu dalam satu kenyataan. Beliau kini direman polis kerana menulis tweet yang dianggap menghasut.

“Mengapa saya memilih beliau (Rosmah)? Kerana ia adalah satu rahsia terbuka yang beliau adalah lebih dominan dan lebih berkuasa daripada perdana menteri sendiri.
“Kartun bijak, saya amat kagum dengan beliau. Beliau memberikan idea untuk saya dan beliau sangat kekartunan…sehinggakan, buku ini ditujukan khas kepadanya.

“Saya tidak boleh hidup sebagai kartunis jika bergantung kepada suaminya sahaja,” kata Zunar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui isterinya Fazst Alin Adan, hari ini.

Zunar berkata akan memberikan Rosmah salinan eksklusif buku itu yang ditandatangani “untuk menunjukkan rasa terima kasih”.

Lebih daripada 140 kartun dalam buku ini akan merangkumi isu-isu seperti Akta Hasutan dan “membeli-belah dan bermain golf oleh PM dan isteri”.

Zunar merayu sokongan orang ramai bagi bukunya, yang berharga RM25 setiap satu yang diterbitkan secara dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Melayu, dengan membelinya secara atas talian.

“Semua buku-buku saya termasuk RIKL tidak akan dijual di mana-mana kedai buku kerana tekanan yang besar daripada kerajaan. Membeli buku ini bukan sahaja membantu saya daripada segi kewangan, tetapi juga membantu untuk menyebarkan mesej kepada lebih ramai orang,” katanya.

Buku terbaru ini akan menjadi kerja politik ke-17 Zunar dalam bentuk buku.

Zunar mempunyai tujuh buku lain yang diharamkan kerajaan.

Antaranya, “Cartoon-O-Phobia” dan “Konspirasi untuk memenjarakan Anwar” yang sedang disiasat di bawah Akta Hasutan.

Zunar juga sebelum ini mencabar kerajaan ke atas pengharaman “1 Funny Malaysia” dan “Perak Darul Kartun” di Mahkamah Persekutuan.

Zunar kini dalam perintah reman selama tiga hari selepas ditahan pada Selasa atas tweet beliau yang mengkritik badan kehakiman ke atas keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad memberitahu Bernama, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Bulan lepas, polis menyerbu pejabatnya dan merampas 149 buah bukunya ketika beliau berada di London untuk berucap di beberapa universiti.

Zunar berkata lebih 1,000 salinan beberapa judul karya beliau dirampas dalam tiga serbuan berasingan di pejabatnya.

ROS di Tanah Kangkong akan dilancarkan Sabtu ini di Taman Tasik Jaya di Petaling Jaya pada pukul 10 pagi.

18+  KLIK SINI
Kartunis Zunar Keluarkan Komik Menghentam Kerajaan 4.5 5 raf90 KARTUNIS ZUNAR LANCARKAN BUKU BARU TENTANG ISTERI NAJIB |  Poster buku ‘ROS di Tanah Kangkong’ karya Zunar yang hanya boleh dibeli mela...